Saturday, 18 February 2012

SOALAN-SOALAN OBJEKTIF

1.)Dalam peristiwa Israk dan Mikraj ini, Allah swt telah mensyariatkan:
     i)Ibadah puasa.
     ii)Ibadah Haji.
     iii)Ibadah Solat.
2.)Rasulullah saw diisrakkkan dari Masjidil Haram ke Masjidil............
    i)Nabawi
    ii)Negara
    iii)Aqsa
3.)Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku pada bulan.............
    i)Rejab
    ii)Ramadhan
    iii)Syawal
4.)Haiwan yang ditunggangi oleh Rasullullah ketika Israk.........
    i)Kuda
    ii)Burak
    iii)Helang

*****SELAMAT MENJAWAB....

4)PENGAJARAN DARIPADA PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ

  • Menunjukkan keagungan dan kebesaran Allah taala yang maha suci, maha mendengar dan maha mengetahui.
  • Wajib menunaikan solat fardhu 5 waktu.
  • Membuktikan Nabi Muhammad saw adalah ketua sekalian nabi.
  • Mengukuhkan iman kaum muslimin dan memberi cabaran kepada kaum musyrikin dan para bijak pandai.
  • Menyeru umat Islam supaya menjauhi perkara mungkar dan memperbanyakkan amal kebajikan.

 

3)PENGALAMAN RASULULLAH DI SEPANJANG PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ


Kaum yang bercucuk tanam dan terus menuai hasil tanaman mereka, kemudian keluar hasil yang baru seolah-olah belum dituai.
----(Tafsirannya:Pahala orang berjihad pada jalan Allah yang tidak putus-putus.

Kaum yang memecahkan kepala mereka dengan batu. Kemudian kembali sembuh. Selepas itu mereka memecahkan kepala semula berkali-kali.
----(Tafsirannya:Orang yang malas menunaikan solat.

Kaum yang menggunting lidah mereka dan bibir mereka.
----(Tafsirannya:Orang yang selalu membuat fitnah.

Lelaki yang tidak terdaya memikul seberkas kayu api kerana terlalu berat tetapi menambah lagi kayu yang lain.
----(Tafsirannya:Orang yang tidak menunaikan amanah tetapi masih mahu menerima amanah.

Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga.
----(Tafsirannya:Orang yang selalu mengumpat dan menjatuhkan maruah(mencela dan menghina) orang lain.

*******MAHUKAN KITA TERGOLONG DALAM SALAH SATU GOLONGAN DI ATAS? 
.

Friday, 17 February 2012

2)SEBAB BERLAKUNYA PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ

  1. Allah ingin memulihkan semangat Rasulullah saw setelah menghadapi tentangan dan siksaan daripada golongan Quraisy dan orang kafir.
  2. Allah ingin menunjukkan kekuasaan Allah dan mukjizat yang ada pada Rasulullah saw.
Add caption


    1)ii-DALIL KEBENARAN PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ

    Surah Al-Israk: ayat 1,
           Ertinya" Maha suci Allah yang telah menjalankan hambanya(Muhammad) pada waktu malam dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestine yang kami berkati di sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya, tanda-tanda kekuasaan dan kebesaran Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang maha mendengar lagi maha mengetahui."

    1)i-PENGERTIAN ISRAK DAN MIKRAJ

    • Israk: Perjalanan Rasulullah saw pada waktu malam dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestin.
    • Mikraj: Perjalanan Rasulullah pada waktu malam dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha.
    * Rasulullah dibawa dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dengan menunggangi (BURAK). Peristiwa ini berlaku dalam tempoh yang sangat singkat iaitu dalam masa beberapa jam sahaja pada malam tersebut.



    *****Adakah Burak ini sejenis haiwan yang boleh terbang>>?

    OBJEKTIF PEMBELAJARAN

    • MENYATAKAN PENGERTIAN ISRAK DAN MIKRAJ BESERTA DALIL KEBENARAN PERISTIWA INI.
    • MENGETAHUI SEBAB BERLAKUNYA ISRAK DAN MIKRAJ.
    • MENCERITAKAN PENGALAMAN-PENGALAMAN RASULULLAH DISEPANJANG PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ.
    • MENYENARAIKAN PENGAJARAN YANG TERSIRAT DISEBALIK PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ.
    •