Saturday, 18 February 2012

3)PENGALAMAN RASULULLAH DI SEPANJANG PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ


Kaum yang bercucuk tanam dan terus menuai hasil tanaman mereka, kemudian keluar hasil yang baru seolah-olah belum dituai.
----(Tafsirannya:Pahala orang berjihad pada jalan Allah yang tidak putus-putus.

Kaum yang memecahkan kepala mereka dengan batu. Kemudian kembali sembuh. Selepas itu mereka memecahkan kepala semula berkali-kali.
----(Tafsirannya:Orang yang malas menunaikan solat.

Kaum yang menggunting lidah mereka dan bibir mereka.
----(Tafsirannya:Orang yang selalu membuat fitnah.

Lelaki yang tidak terdaya memikul seberkas kayu api kerana terlalu berat tetapi menambah lagi kayu yang lain.
----(Tafsirannya:Orang yang tidak menunaikan amanah tetapi masih mahu menerima amanah.

Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga.
----(Tafsirannya:Orang yang selalu mengumpat dan menjatuhkan maruah(mencela dan menghina) orang lain.

*******MAHUKAN KITA TERGOLONG DALAM SALAH SATU GOLONGAN DI ATAS? 
.

4 comments:

  1. Assalamualaikum ustazah..... mengapakah pada malam isra' dan mikraj itu Nabi Muhammad dijalankan pada 27 Rejab? apakah keistimewaan malam 27 Rejab tersebut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam.....soalan yang baik...salah satu yang boleh dikongsikan antara kelebihan Bulan Rejab ialah:Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa.

      Delete
  2. Assalamualaikum...
    ELFA boleh tak terangkan lebih lanjut tentang pengalaman Rasulullah sepanjang peristiwa Israk dan Mikraj. Di dalam blog ini cuma dijelaskan dalil-dalil sahaja. Terima kasih

    ReplyDelete