1.)Dalam peristiwa Israk dan Mikraj ini, Allah swt telah mensyariatkan:
i)Ibadah puasa.
ii)Ibadah Haji.
iii)Ibadah Solat.
2.)Rasulullah saw diisrakkkan dari Masjidil Haram ke Masjidil............
i)Nabawi
ii)Negara
iii)Aqsa
3.)Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku pada bulan.............
i)Rejab
ii)Ramadhan
iii)Syawal
4.)Haiwan yang ditunggangi oleh Rasullullah ketika Israk.........
i)Kuda
ii)Burak
iii)Helang
*****SELAMAT MENJAWAB....
Saturday, 18 February 2012
4)PENGAJARAN DARIPADA PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ
- Menunjukkan keagungan dan kebesaran Allah taala yang maha suci, maha mendengar dan maha mengetahui.
- Wajib menunaikan solat fardhu 5 waktu.
- Membuktikan Nabi Muhammad saw adalah ketua sekalian nabi.
- Mengukuhkan iman kaum muslimin dan memberi cabaran kepada kaum musyrikin dan para bijak pandai.
- Menyeru umat Islam supaya menjauhi perkara mungkar dan memperbanyakkan amal kebajikan.
3)PENGALAMAN RASULULLAH DI SEPANJANG PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ
Kaum yang bercucuk tanam dan terus menuai hasil tanaman mereka, kemudian keluar hasil yang baru seolah-olah belum dituai.
----(Tafsirannya:Pahala orang berjihad pada jalan Allah yang tidak putus-putus.
Kaum yang memecahkan kepala mereka dengan batu. Kemudian kembali sembuh. Selepas itu mereka memecahkan kepala semula berkali-kali.
----(Tafsirannya:Orang yang malas menunaikan solat.
Kaum yang menggunting lidah mereka dan bibir mereka.
----(Tafsirannya:Orang yang selalu membuat fitnah.
Lelaki yang tidak terdaya memikul seberkas kayu api kerana terlalu berat tetapi menambah lagi kayu yang lain.
----(Tafsirannya:Orang yang tidak menunaikan amanah tetapi masih mahu menerima amanah.
Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga.
----(Tafsirannya:Orang yang selalu mengumpat dan menjatuhkan maruah(mencela dan menghina) orang lain.
*******MAHUKAN KITA TERGOLONG DALAM SALAH SATU GOLONGAN DI ATAS?
.
Friday, 17 February 2012
2)SEBAB BERLAKUNYA PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ
1)ii-DALIL KEBENARAN PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ
Surah Al-Israk: ayat 1,
Ertinya" Maha suci Allah yang telah menjalankan hambanya(Muhammad) pada waktu malam dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestine yang kami berkati di sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya, tanda-tanda kekuasaan dan kebesaran Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang maha mendengar lagi maha mengetahui."
Ertinya" Maha suci Allah yang telah menjalankan hambanya(Muhammad) pada waktu malam dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestine yang kami berkati di sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya, tanda-tanda kekuasaan dan kebesaran Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang maha mendengar lagi maha mengetahui."
1)i-PENGERTIAN ISRAK DAN MIKRAJ
- Israk: Perjalanan Rasulullah saw pada waktu malam dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestin.
- Mikraj: Perjalanan Rasulullah pada waktu malam dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha.
*****Adakah Burak ini sejenis haiwan yang boleh terbang>>?
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
- MENYATAKAN PENGERTIAN ISRAK DAN MIKRAJ BESERTA DALIL KEBENARAN PERISTIWA INI.
- MENGETAHUI SEBAB BERLAKUNYA ISRAK DAN MIKRAJ.
- MENCERITAKAN PENGALAMAN-PENGALAMAN RASULULLAH DISEPANJANG PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ.
- MENYENARAIKAN PENGAJARAN YANG TERSIRAT DISEBALIK PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ.
TUJUAN BLOG
SEBELUM DARIPADA ITU, SAYA MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA PENSYARAH SAYA YANG TERSAYANG IAITU PM DR. ZAIDATUN TASIR KERANA MENGAJAR SAYA DAN RAKAN-RAKAN UNTUK SUBJEK DPT1013, YANG MANA DAPATLAH SAYA MENGHASILKAN SATU BLOG YANG SEDERHANA INI. WALAU BAGAIMANA PUN DENGAN ILMU INI DAPATLAH SAYA KONGSIKAN BERSAMA ANAK-ANAK DIDIK TERSAYANG IAITU KHAS KEPADA DARJAH 4 ALHAMBALI AGAR KALIAN DAPAT BELAJAR DALAM SUASANA YANG BERBEZA DARIPADA SEBELUM INI. JANGAN LUPA UNTUK MEMBERI SEBARANG KOMENTAR SERTA MENJAWAB SOALAN-SOALAN YANG TELAH SAYA SIAPKAN UNTUK KALIAN.SELAMAT MENGIKUTI BLOG INI.
Subscribe to:
Posts (Atom)